Berita Dan Aktiviti PKS

8 Mar 2023

PENGUATKUASAAN PERATURAN RUPA DIRI DAN KAD PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II 2022/2023

Kepada Semua Pelajar,

Dimaklumkan bahawa setiap pelajar Politeknik Kuching Sarawak hendaklah mematuhi peraturan rupa diri meliputi rambut dan pakaian (termasuk kasut) yang sopan dan bersesuaian di samping memakai kad pelajar ketika menghadiri apa-apa aktiviti sama ada di dalam atau di luar kampus atau semasa berada di mana-mana bahagian di dalam kampus Politeknik Kuching Sarawak.

Satu pemeriksaan / spotcheck rupa diri dan kad pelajar secara bersepadu akan diadakan di sekitar kampus pada 9 Mac 2023 (Khamis).

Mana-mana pelajar yang didapati ingkar peraturan rupa diri dan kad pelajar ini boleh dikenakan tindakan denda di bawah Akta 174, Jadual Kedua, Bahagian II, Kaedah 26A (1), iaitu denda terus tidak melebihi RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja).

Buku Peraturan Am dan Disiplin Pelajar PKS :

http://www.poliku.edu.my/wp-content/uploads/2019/09/Buku-Panduan-Peraturan-AM-2017.pdf

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Disiplin Pelajar (JKDP)
Politeknik Kuching Sarawak

 

 

Accessibility Toolbar