Berita Dan Aktiviti PKS

30 Aug 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AMBILAN DISEMBER 2019 POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TELAH DIBUKA HARI INI

30 Ogos 2019 – Borang permohonan bagi kemasukan baharu sesi DISEMBER 2019 telah dibuka secara Online pada hari ini melalui laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my (percuma tanpa pin).

Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon ke Diploma Politeknik Ambilan Sesi Disember 2019 ini adalah dari :

1. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Lulusan atau graduan Sijil Politeknik
3. Lulusan Sijil Kolej Komuniti
4. Lulusan Sijil Institut Kemahiran Mara (IKM)
5. lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Tahap 3,
6. Lulusan Sijil Institut Pertanian Malaysia
7. Lulusan Institut Kemahiran Tinggi Perda-Tech

** Bagi lulusan sijil kemahiran sila semak pemetaan (mapping) sijil kait yang layak dimohon di http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Senarai Program di Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
3. Diploma Geomatik
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
9. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
10. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
11. Diploma Akauntansi
12. Diploma Pengajian Perniagaan
13. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
14. Pra Diploma Sains
15. Pra Diploma Perdagangan

PERMOHONAN KEMASUKAN SESI AMBILAN DISEMBER 2019 POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TELAH DIBUKA HARI INI30 Ogos 2019 -…

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Jumaat, 30 Ogos 2019

Accessibility Toolbar