Berita Dan Aktiviti PKS

3 Apr 2024

Majlis Khatamal Quran PKS 1445H pada 27 Mac 2024 bertempat di Masjid al-Muhandisin, PKS.

Telah berlangsung Majlis Khatamal Quran PKS 1445H pada 27 Mac 2024 bertempat di Masjid al-Muhandisin, PKS.
Program dimulakan dengan bacaan khatam al-quran yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Faizal bin Ahmat. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada semua peserta Tadarus Al- Quran.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa majlis kerana telah berjaya melaksanakan majlis dengan sempurna. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga majlis ini memberikan satu impak anjakan dalam diri ke arah lebih baik.
Sumber: Pusat Islam, PKS.
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
 Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar