Berita Dan Aktiviti PKS

17 May 2024

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

17 Mei 2024 | JUMAAT
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)pada hari ini. Wakil UNIMAP, Ts. Dr. Mohd Hanif bin Mohd Pisal telah disambut mesra oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Encik Khalid Husseine bin Tuah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia dan Puan Noor Adziella binti Mohamad, Ketua Unit Komunikasi Korporat.
Perjumpaan ini bertujuan untuk mempromosikan program akademik dan sesi perkongsian ilmu serta peluang kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Polimer kepada pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, PKS.
Semoga perjumpaan dan sesi perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar