Berita Dan Aktiviti PKS

11 Jan 2025

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ANJUR KURSUS CANVA UNTUK KOMUNITI

11 JANUARI 2025 | SABTU

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) melalui Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) telah menganjurkan kursus khas untuk komuniti kurang upaya penglihatan dari Society of The Blind in Malaysia (Sarawak Branch). Kursus ini bertujuan memberikan akses kepada peserta untuk meneroka bidang reka bentuk melalui penggunaan aplikasi Canva.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Surafah binti Mos bersama Encik Tang Si King. Seramai 20 peserta telah berjaya mengikuti kursus ini yang diadakan di Makmal DCN, JTMK.
Syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar