Berita Dan Aktiviti PKS

10 Aug 2023

MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STRATEGIK ANTARA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK DAN PANASONIC AIR-CONDITIONING MALAYSIA & PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PANEL PENASIHAT INDUSTRI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

9 Ogos 2023. Satu Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik telah termeterai di antara Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan Panasonic Air-Conditioning Malaysia (PACMY) di Bilik Mesyuarat Utama,PKS pada pagi tadi. Sijil Kolaborasi Strategik ini telah ditandatangani oleh Pengarah PKS, YBrs. En Samsudin bin Mohd. Saleh dan COO PACMY,Mr Dai Nishi.
Sesi penyerahan watikah pelantikan Panel Penasihat Industri bagi program Diploma Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan(DPU) dan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB) turut diadakan dalam majlis yang sama. Selepas Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik,pihak PACMY turut mengadakan lawatan fasiliti ke Bengkel DPU dan DPB serta satu sesi Focus Group Discussion berkaitan perkongsian isu-isu TVET bersama pensyarah PKS turut dijalankan selepas sesi lawatan.
Hadir sama ialah barisan pengurusan PKS dan wakil-wakil pengurusan PACMY.
Terima kasih diucapkan kepada Panasonic Air-Conditioning Malaysia (PACMY) atas kerjasama yang telah dijalinkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar