Berita Dan Aktiviti PKS

6 Mar 2024

PROGRAM SEMARAK KAMPUS MADANI KPT 2024 DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

06 MAC 2024|RABU
Program Semarak Kampus MADANI yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menamatkan sesi turun padang di Zon Sarawak dengan berkunjung ke Politeknik Kuching Sarawak. Program ini mempamerkan kejayaan penyelidikan dan inovasi, projek keusahawanan dan aktiviti Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang dikendalikan oleh Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak menerusi acara PolyCC Berambeh.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut berkesempatan ke Politeknik Kuching Sarawak bagi menyantuni warga dan melihat sendiri hasil produk kursus jangka pendek yang dijalankan pada hari ini serta turut mencuba untuk menyediakan mee kolok.
Selain daripada melihat hasil kejayaan peserta kursus PSH, turut dipamerkan adalah produk-produk inovasi pelajar, staf dan alumni Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) zon Sarawak. Antara dipamerkan adalah rekaan fesyen, wangian, sabun daripada minyak terpakai, serbuk lada dan beberapa lagi produk lain. YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut mengambil peluang mencuba untuk menyumpit yang sinonim dengan budaya dan tradisi masyarakat di Borneo.
YB Menteri Pendidikan Tinggi turut berkesempatan untuk beramah mesra bersama warga serta turut meninjau kolej kediaman pelajar. Hampir 1,000 warga JPPKK Zon Sarawak dan komuniti setempat hadir sama untuk memeriahkan majlis.
Turut hadir sama ialah Ybhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Ybrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak serta YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata bin Rasit, Naib Canselor, UNIMAS.
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar