Berita Dan Aktiviti PKS

20 Apr 2024

ANUGERAH KETUA JABATAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) SESI I 2023/2024

Sekitar Majlis Apresiasi Anugerah Ketua Jabatan Politeknik Kuching Sarawak Sesi I 2023/2024. Seramai 619 orang penerima Anugerah Ketua Jabatan dari 13 program telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, PKS pagi tadi.

Anugerah Ketua Jabatan Politeknik Kuching Sarawak telah disampaikan oleh Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Turut hadir sama ialah Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah (Akademik), Encik Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan warga staf PKS.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Ketua Jabatan Sesi I 2023/2024.

Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar