Berita Dan Aktiviti PKS

3 Jan 2024

Permohonan Masuk Politeknik Sesi II 2023/2024 Masih Dibuka! PERMOHONAN BAHARU BAGI KEMASUKAN PELAJAR AMBILAN SESI II 2023/2024 KE DIPLOMA POLITEKNIK TERUS DIBUKA SEHINGGA 26 JANUARI 2024

Juhh Mohon! Melalui Portal : https://ambilan.mypolycc.edu.my

Kepada Lulusan SPM atau Lulusan Sijil Kemahiran yang menepati syarat kelayakan tapi belum ada tawaran belajar atau terlepas untuk memohon pada sesi lepas

Permohonan baharu bagi kemasukan ke Politeknik bagi program sepenuh masa Sesi II 2023/2024 TERUS DIBUKA sehingga tarikh pendaftaran menggunakan eBorang Politeknik melalui portal :

https://ambilan.mypolycc.edu.my

Sebelum membuat permohonan, sila semak SYARAT KELAYAKAN anda DI SINI
https://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Tarikh-Tarikh Penting :

Borang Permohonan dibuka : 3 Oktober 2023
Borang Permohonan ditutup : Terus dibuka sehingga tarikh pendaftaran
Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran : 5 Januari 2024
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 2 Januari 2024
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 9 Januari 2024
Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran (Rayuan) : 18 Januari 2024
Pendaftaran Pelajar ke Kampus : 28 Januari 2024

Sekiranya memilih pilihan program diploma di Politeknik Kuching Sarawak (PKS), sila semak info dan syarat di sini

https://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp?pg=politeknik&id=05

Atau rujuk pada brosur yang disertakan.

Sebarang pertanyaan tentang program atau ambilan di Politeknik Kuching Sarawak sila hubungi pegawai kami di talian seperti di bawah :

i. En. Abdul Yazid Ibrahim – 0178069583 (Pegawai Pengambilan)
Atau hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti :

019-8683738 (whatsapp sahaja)
03-8888 3837
jppkk.ambilan@mohe.gov.my

Accessibility Toolbar