Berita Dan Aktiviti PKS

16 Aug 2022

LAWATAN PENANDAARASAN JAWATANKUASA INDUK APACC POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) KE POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB),POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA),GALAXY GROUP OF COMPANIES DAN CIAST

Pada 9-12 Ogos 2022 yang lalu, Jawatankuasa Induk APACC PKS yang terdiri daripada Pengarah PKS, Timbalan Pengarah (Akademik), Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Koordinator APACC PKS, Work Group Leaders (WGL), Setiausaha APACC PKS, Pegawai Eksekutif Tertinggi (PET) serta Penolong Akauntan (PNA) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke PKB,PSA,GALAXY GROUP OF COMPANIES dan juga CIAST.
Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada Jawatankuasa Induk Akreditasi APACC PKS berkenaan amalan baik yang dilaksanakan oleh organisasi yang dibuat penandaarasan, membina jaringan hubungan bersama institusi pendidikan TVET dan industri serta mengetahui sistem pengurusan dokumen yang diaplikasikan oleh organisasi yang dibuat penandaarasan.
Lawatan ini juga merupakan salah satu langkah persediaan JK APACC PKS ke arah persediaan pensijilan semula kelak pada tahun 2024. PKS sebelum ini telah dianugerahkan _Gold Medal_ pada sesi audit APACC yang berlangsung pada 26-28 Februari 2020 yang lalu.
Disediakan oleh : Jawatankuasa APACC PKS

Accessibility Toolbar