Berita Dan Aktiviti PKS

26 May 2023

DENIELLSON KAYS ANAK DAVY JOHAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA PENGARAH PKS TAHUN 2023

24 Mei 2023 – Pentas akhir Pertandingan Pidato Piala Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Tahun 2023 yang bertemakan “Graduan TVET Aspirasi Negara” anjuran Jabatan Pengajian Am (JPA), Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU (KDPAP) dan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman (JPKK) telah melabuhkan tirainya. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Encik Hikmatullah Bin Hajid Ahmad Khan (Pengarah PKS) dan dihadiri oleh ketua-ketua jabatan juga.
Pentas akhir pada edisi kali ini menampilkan lima (5) orang peserta di pentas akhir dan akhirnya peserta daripada Jabatan Perdagangan (JP), Saudara Deniellson Kays Anak Davy, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan (DPM4B) telah menjadi Johan bagi edisi kali ini. Untuk makluman, Saudara Deniellson juga merupakan Pengerusi Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU bagi tahun 2023.
Manakala Naib Johan disandang oleh Saudara Izzat Izzani Bin Iswandi, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan), (DTP4A), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) yang mewakili proksi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan tempat ke-3 dimenangi oleh Saudara Mukhriz Daniel Aiman Bin Mohammad, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD1A).
Adalah diharapkan agar pada masa akan datang,pelajar PKS lebih bergiat aktif dalam program komunikasi demi meningkatkan keupayaan pelajar TVET dalam bidang pengucapan awam sekaligus menjadikan mereka graduan yang berketrampilan demi menenuhi pasaran kerja.
Disediakan oleh :
Puan Bibie Neo
Pensyarah dan Penasihat Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU (KDPAP)
-mmk/jhep/pks-
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar