Berita Dan Aktiviti PKS

6 Apr 2020

PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK KUCHING SUMBANG MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR TERKESAN FASA II #PKP | #COVID19

2 April 2020 – Penyediaan makan malam percuma kepada 450 orang pelajar yang bermula hari ini selama 3 hari disumbangkan oleh Persatuan Alumni Politeknik Kuching sebagai satu usaha dan khidmat sosial pihak persatuan membantu Politeknik serta meringankan beban pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang terkesan dalam menghadapi situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Menurut Pegawai Alumni Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Encik Wong Sie Woo yang turun memantau penyediaan dan agihan makanan pada hari ini menyatakan bahawa Persatuan Alumni Politeknik Kuching bersetuju menyumbang untuk makan malam sebanyak 3 hari mulai hari ini khusus kepada 406 orang pelajar yang patuh untuk kekal di Kolej Kediaman dalam kampus, 30 orang di asrama luar 805 dan 14 orang di rumah sewa White House berhampiran kampus.

Sementara itu, pihak Politeknik terus komited menyediakan makanan tengah hari menggunakan peruntukan Tabung Aktiviti/Kebajikan Pelajar bagi tiga hari tersebut dan dijangka sehingga 14 April 2020 apabila PKP berakhir bagi fasa 2 dan sekiranya tiada peruntukan atau sumbangan yang diterima.

Pada fasa I PKP, PKS menerima peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri yang telah menyediakan bantuan makan dan minum untuk 3 kali sehari. Selain itu, menerima sumbangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak berbentuk makanan kering dan ringan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut menyumbang penyediaan makanan bermasak, barangan kering dan ringan serta beberapa pihak lain termasuk Puspanita, pengusaha kantin dan kafetaria.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Khamis, 2 April 2020

Accessibility Toolbar