Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM) yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Multimedia dan Sumber (PMS) bertanggungjawab untuk menyalurkan teknologi multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran di Politeknik. Di samping itu, UIDM turut bertindak aktif dalam menyediakan sumber audio dan visual untuk sebarang aktiviti sama ada rasmi atau sebaliknya di dalam Politeknik Kuching Sarawak. Unit ini menyediakan tiga buah bilik iaitu Bilik Seminar, Mini Auditorium dan Bilik Serbaguna untuk kegunaan aktiviti staf dan pelajar seperti seminar, persembahan projek, kursus, bengkel, mesyuarat dan sebagainya. Selain itu, kemudahan peminjaman peralatan Audio Visual seperti Kamera Digital, Kamera Video, Portable PA System, Walkie Talkie dan sebagainya turut disediakan di UIDM.
Accessibility Toolbar