Berita Dan Aktiviti PKS

21 Apr 2020

LAGI NGABAS AGIH BARANG BANTU PELAJAR BARU LAPOR TERKANDAS DI KEDIAMAN LUAR DALAM TEMPOH PKP

KUCHING, 17 April 2020 – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) Cik Jenniecia Irdrinnie Allay, dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak (MPP) PKS, Sdr. Muhammad Syawal Hanifah Dharmalingam telah mengesan dan berkunjung ke lokasi pelajar di Batu Kawah, Telaga Air, Kg. Matang dan Taman Palma Indah bagi ziarah dan agihan barangan yang dapat membantu pelajar tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah masuk fasa ke-3. Seterusnya, semua pelajar ini akan didaftar dalam senarai bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan menerima bantuan kebajikan sebagai pelajar politeknik. Terdapat antara pelajar ini yang menumpang di kediaman keluarga rakan mereka selepas gagal meneruskan untuk pulang ke kampung halaman berikutan pelanjutan PKP.

Ngabas atau ziarah diteruskan ke lokasi Taman Hill Side di Jalan Matang bagi melawat kumpulan 8 orang pelajar politeknik yang merupakan askar wataniah tamat bertugas di barisan hadapan pada fasa 1 dan fasa 2 yang lalu.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Sabtu, 18 April 2020

Accessibility Toolbar