Berita Dan Aktiviti PKS

28 Apr 2020

MPP PKS NGABAS PELAJAR DIAM LUAR SERAH BARANGAN IHSAN PENYUMBANG & POLITEKNIK HADAPI RAMADAN

KUCHING, 23 April 2020 – Ngabas fasa 3 kali ini, YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) , Sdr. Muhammad Syawal Hanifah Dharmalingam dan Cik Jenniecia Irdrinnie Allay, Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) melawat pelajar PKS yang mendiami rumah/bilik sewa di luar kampus dengan membawa barangan yang disumbangkan oleh :

1.Food Bank Siswa : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak
2. Etika Beverages Sdn. Bhd
3. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak
4. Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA)
5. Politeknik Kuching Sarawak (Tabung Kebajikan/Aktiviti Pelajar).

Semoga dapat meringankan beban pelajar dan keluarga dalam menghadapi PKP dalam bulan Ramadan ini. Terima kasih dan penghargaan kepada semua penyumbang.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Khamis, 23 April 2020

Accessibility Toolbar