Berita Dan Aktiviti PKS

10 Nov 2023

Program Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Program Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan telah berlangsung bertempat di Perpustakaan Seri Kenyalang,PKS pada 1 November 2023 yang lalu. Program diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keunikan bahasa Melayu dan penghayatan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Selain itu, program ini juga untuk meningkatkan pengetahuan dan memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar PKS.
Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan bagi memeriahkan program antaranya Pertandingan Pidato, Pertandingan Eksplorasi Bahasa dan Pertandingan Kuiz Bahasa. Turut diadakan adalah pameran dan jualan buku yang melibatkan agensi dan syarikat seperti Jabatan Penjara Negeri Sarawak,Jabatan Kesihatan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Syarikat My Bookstore. Bagi memeriahkan program, satu slot sesi Bicara Buku yang menampilkan Puan Nur Azshieldha binti Sahran sebagai panel jemputan telah dianjurkan.Beliau merupakan seorang penulis bebas mengambil ruang dan peluang berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan buku kepada peserta yang hadir.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh,Pengarah Politeknik Kuching Sarawak. Jawatankuasa Pengurusan PKS turut hadir bagi memberi sokongan kepada program yang dijalankan.
Sumber: Unit Perpustakaan

Accessibility Toolbar