Berita Dan Aktiviti PKS

4 Sep 2019

SVM dan SKM Teknologi Automotif Kolej Vokasional Kuching mengadakan lawatan ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Seramai 29 orang pelajar SVM dan SKM Teknologi Automotif Kolej Vokasional Kuching dan seorang pensyarah selaku pengiring mengadakan lawatan bermaklumat ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Setibanya di PKS,mereka dibawa melawat ke Bengkel Automotif dan mendengar taklimat daripada Pensyarah selaku Penyelia Bengkel Automotif dan selepas itu melawat ke Bengkel Penyamanan Udara & Penyejukbekuan dan diberi taklimat oleh Pensyarah selaku Penyelia bengkel tentang bidang kejuruteraan Mekanikal Penyamanan Udara & Penyejukbekuan.

Tujuan lawatan adalah bagi memenuhi kehendak kompetensi pengajian dalam SVM Mekanikal Teknologi Automotif (Penyeliaan Bengkel) di Kolej Vokasional Kuching

 

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 4 September 2019

Accessibility Toolbar