Berita Dan Aktiviti PKS

23 Feb 2024

lawatan penandaarasan (benchmarking) dari Kolej Laila Taib bagi Program Kejuruteraan Elektrik dan Program Kejuruteraan Awam.

23 FEBRUARI 2024 | JUMAAT
Politeknik Kuching Sarawak telah menerima kehadiran delegasi dari Kolej Laila Taib yang mengadakan lawatan penandaarasan (benchmarking) bagi Program Kejuruteraan Elektrik dan Program Kejuruteraan Awam. Lawatan ini diketuai oleh Mr. Wong Xuan Yuan, Director of Studies (Engineering) bersama Mr. Bernard Wong King Wei dan Mr. Lau Poh Yew.
Pihak Kolej Laila Taib juga turut membincangkan kolaborasi dan aktiviti yang dapat dijalankan bersama Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Selain itu,pihak delegasi Kolej Laila Taib turut dibawa melawat ke bengkel di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Awam.
Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada institusi.
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar