Berita Dan Aktiviti PKS

25 Apr 2021

PTPTN SARAWAK AGIH BUBUR LAMBUK KEPADA PELAJAR PKS

KUCHING, Ahad (25 April 2021) – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sarawak telah mengagihkan bubur lambuk kepada pelajar asrama Politeknik Kuching Sarawak (PKS) di sini, semalam (24 April 2021), sempena dengan Program Imarah Ramadan oleh PTPTN bersama Pelajar PKS.
Program tersebut adalah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS dan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKS Mohamad Khirudin Amdan dan turut dihadiri oleh Yussuf Chik, Pengurus Besar PTPTN Sarawak.
Semasa program tersebut, Mohamad Khirudin berkata PKS berterima kasih kepada PTPTN Sarawak di atas agihan bubur lambuk tersebut.
Turut hadir sama ialah Pengurus Cawangan PTPTN UTC Sarawak, Muhammad Khairuddin Johari dan Mohd. Hazzli Asli serta Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKS Mahathir Mohamad Kamin.

Accessibility Toolbar