12
Dec
2024
Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024
12 NOVEMBER 2024 | KHAMIS
Telah berlangsung Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual Sarawak Tahun 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertempat di UNIMAS. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pencegahan dan kesedaran mengenai gangguan seksual dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar di institusi pendidikan. Antara pengisian program advokasi ini adalah sesi TownHall bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, sesi taklimat oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS) dan SKMM, penyerahan notis Antigangguan Seksual serta lawatan ke reruai pameran.
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan antara penerima notis Antigangguan Seksual dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang diwakili oleh Ts. Aidawati binti Mustapha, Timbalan Pengarah (Akademik).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas usaha advokasi ini.
Foto:
Cassidy Lisut Tubong
Sairoul bin Sa’ee
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut