Berita Dan Aktiviti PKS

19 Nov 2024

Program Career Launch Pad Siri Kerjasama Perkeso dan PKS

19 NOVEMBER 2024 | SELASA

Program Career Launch Pad anjuran Corporate, Industrial Services & Employability Centre (CISEC) dengan kerjasama Penyelaras Sistem Penasihatan Akademik serta Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlangsung pada 23 Oktober 2024 dan 15 November 2024 di Dewan Jubli Perak,PKS.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang persediaan dan peluang kerjaya sebelum menempuh alam pekerjaan. Taklimat program telah disampaikan oleh wakil PERKESO.
Program yang menyasarkan penyertaan pelajar semester akhir ini telah dihadiri lebih 200 pelajar yang terdiri daripada Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Petrokimia dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sumber: JK Program Career Launch Pad
📷 Mohamad Hadzli bin Othman.

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

 

Accessibility Toolbar