Berita Dan Aktiviti PKS

20 Feb 2020

PERMOHONAN KE DIPLOMA POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TURUT MENGGUNAKAN MyUPU SECARA ATAS TALIAN BERMULA 24 FEBRUARI 2020 MENERUSI : http://upu.moe.gov.my.

JABATAN Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan MyUPU, sebuah portal permohonan bersepadu terbaharu untuk kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara ke peringkat sarjana muda, asasi, diploma dan sijil mulai sesi akademik 2020/2021 termasuk Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, POLITEKNIK, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Permohonan mula dibuka pada 24 Februari sehingga 31 Mac (bagi lepasan SPM) dan 24 Februari sehingga 7 April (bagi lepasan STPM/setaraf) yang boleh dikemukakan secara dalam talian menerusi MyUPU di https://upu.mohe.gov.my/

Info program dan syarat kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti boleh didapati di portal http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Accessibility Toolbar