Berita Dan Aktiviti PKS

24 Mar 2020

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

22 Mac 2020 – Pengarah Politeknik Kuching Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diketuai oleh Encik Wan Ahmad Hazman (Ahli Lembaga Pengarah YSS) dan juga dua orang pegawai YSS iaitu Maxcleen Pioh dan Siti Nur Zakiah pada 12 Mac 2020. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berbincang berhubung dengan takwim aktiviti bagi tahun 2020 dan penglibatan Alumni YSS Politeknik Kuching Sarawak dalam aktiviti kesukarelawanan. Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak di atas sokongan yang padu kepada YSS selama ini.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 22 Mac 2020

Accessibility Toolbar