Berita Dan Aktiviti PKS

30 Apr 2024

LAWATAN PENANDAARASAN KE SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS

30 April 2024 – Lawatan Penandaarasan Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ke Swinburne University of Technology Sarawak Campus anjuran JKE, PKS diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi Lawatan Panel Penilai Luar ETAC yang akan berlangsung pada September 2024.
Selain itu, lawatan ini juga merupakan salah satu langkah mendapatkan pengalaman proses penilaian akreditasi penuh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dan pendedahan pelaksanaan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak kepada pensyarah JKE, PKS.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kuching Sarawak komited untuk mendapatkan akreditasi bagi program Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (DEE) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) daripada Engineering Technology Accreditation Council (ETAC).
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar