Berita Dan Aktiviti PKS

28 Feb 2024

Kunjungan Hormat UniKL MIMET ke Politeknik Kuching Sarawak

27 Februari 2024 | Selasa :UniKL MIMET yang diwakili oleh Ts. Samsol Azhar Zakaria dan Encik Zailiadi Bollia telah mengadakan kunjungan hormat ke Politeknik Kuching Sarawak. Sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kualiti,PKS bertujuan untuk mempromosikan laluan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah selepas tamat Diploma.
Turut hadir sama Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Encik Khalid Husseine bin Tuah dan pegawai dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Unit CISEC.
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman

Accessibility Toolbar