Berita Dan Aktiviti PKS

25 Apr 2024

Program “Corporate Social Responsibility: VoiceVanguards Shaping Young Orators”

25 April 2024 (Khamis) – Bertempat di Dewan Perdana, SMK Matang Jaya telah berlangsungnya Program “Corporate Social Responsibility: VoiceVanguards Shaping Young Orators” yang melibatkan seramai 138 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4.
Program ini turut melibatkan fasilitator yang terdiri daripada 20 orang pensyarah daripada Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am (JPA) dan 21 orang pelajar yang merupakan ahli Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU (KDPAP) Politeknik Kuching Sarawak.
Objektif utama program ini adalah bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan memupuk semangat kerja berpasukan serta kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta. Dua pengisian yang dilaksanakan ketika program ini ialah “Public Speaking Workshop” dan ” Language Olympic”.
Program ini bukan hanya memberikan manfaat kepada para peserta dari SMK Matang Jaya tetapi turut mengukuhkan semangat para fasilitator untuk terus menyumbang bakti dan berkongsi ilmu dengan komuniti setempat.
Sumber: Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Pengajian Am
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar