Berita Dan Aktiviti PKS

7 Oct 2019

KEJOHANAN BOLA JARING WANITA 2019.

KUCHING, 6 Okt 2019:Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menghantar 2 pasukan Bola Jaring Wanita terdiri daripada pasukan senior iaitu Polycats dan pasukan junior Poliku sempena Bulan Sukan Negara 2019 anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching bertempat di Stadium Tertutup MBKS pada 5 hingga 6.10.2019 baru baru ini.

Pasukan pelapis Poliku berjaya ke peringkat kumpulan dan Pasukan Polycats pula berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan menduduki di tempat ke 4 setelah tewas menentang kehebatan pihak lawan iaitu pasukan alumni Sekolah Sukan Tabuan Jaya, Squad Goals.

Pasukan Tee Jay daripada Sekolah Sukan Tabuan Jaya telah muncul juara mengalahkan juara bertahan Stormriders.

Kejohanan kali ini bertujuan mencungkil bakat baru dalam sukan Bola Jaring Wanita dimana kesemua pasukan yang bertanding mestilah tidak pernah menyertai mana mana kejohanan peringkat negeri atau kebangsaan selain daripada mengahut cabaran Bulan Sukan Negara 2019 dengan juga membudayakan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 6 Oktober 2019

Accessibility Toolbar