News

6 Aug 2020

MINGGU SUAI KENAL (MSK) & PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN BAGI PELAJAR BAHARU SESI JUN 2020 [ 03 – 07 OGOS 2020 ]

Lanjutan daripada penangguhan pendaftaran bersemuka secara fizikal, Minggu Suai Kenal (MSK) dan Pendaftaran Kursus akan dilaksanakan secara atas talian bagi pelajar baharu (semester 1) sesi Jun 2020 Politeknik Kuching Sarawak (PKS) pada 03 Ogos 2020 – 07 Ogos 2020.

Pelajar yang perlu mengikuti MSK secara maya ini adalah terdiri dari mereka yang telah membuat Pendaftaran Secara Online selepas pembayaran yuran.

Pembayaran Yuran Pengajian/Asrama/Bayaran Pelbagai bermula dari 9 Julai 2020 sehingga 2 Ogos 2020. Manakala pendaftaran pengajian secara online hanya boleh dibuat 24 jam selepas pembayaran yuran). Sila rujuk Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.

Minggu Suai Kenal (MSK) secara atas talian akan dikendalikan oleh Jabatan Akademik masing-masing dengan fasilitator terdiri daripada Penasihat Akademik (PA) bagi setiap kelas mengikut program pengajian. PA akan membentuk kumpulan dan menghubungi para pelajar masing-masing sebelum MSK secara atas talian dijalankan.

Nota : Kenyataan Rasmi Pindaan 1 : Pendaftaran Pelajar Politeknik Kuching Sarawak Sesi Jun 2020 bertarikh 30 Julai 2020 adalah dirujuk.

#COVID17 #kitajagakita #penjarakansosial #kitamestimenang

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
30 Julai 2020