24
Feb
2022
Kunjungan hormat Pengarah PKS kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak
ncik Hikmatullah Hajid Khan, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak membuat kunjungan hormat kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Dato’ Amir bin Omar di pejabat Setiausaha Persekutuan di Simpang Tiga pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini adalah Encik Ahmady Solong, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik).
Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memaklumkan aktiviti terkini PKS di samping untuk bertukar-tukar fikiran dan idea berhubung pendidikan TVET.