Berita Dan Aktiviti PKS

16 May 2024

Sesi Penyerahan Dana Geran Penyelidikan telah berlangsung pada 16 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Kuching Sarawak.

16 MEI 2024 | KHAMIS
Sesi Penyerahan Dana Geran Penyelidikan telah berlangsung pada 16 Mei 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Kuching Sarawak. Sesi ini melibatkan kerjasama antara Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Sarawak (SBM) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Kuching Sarawak.
Rombongan SBM yang diketuai oleh Encik Isak Ngau telah disambut oleh pihak Pengurusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang diketuai oleh Pengarah PKS, Encik Samsudin bin Mohd. Saleh bersama-sama dengan Ts. Hjh. Marlina binti Abdul Manaf (Timbalan Pengarah Akademik), Puan Nazrina binti Bakar (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi), wakil Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan, Dr. Lewis Liew Teo Piaw serta pasukan penyelidik JTMK.
Taklimat mengenai geran telah disampaikan oleh Ts. Ng Boon Ding. Acara kemuncak adalah penyerahan cek cura bernilai RM20,000 oleh Pengerusi SBM, Encik Isak Ngau kepada Ketua Penyelidik IOT Hidroponik, Puan Nurzawani binti Mohamad Zani dan Ts. Ng Boon Ding, Ketua Penyelidik Pembangunan Pemasaran Digital.
Sumber: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK)
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar