Berita Dan Aktiviti PKS

10 Aug 2023

Program Bengkel CSR STEM: Mikrobit di SK St Mary Kuching

9 Ogos 2023, Rabu – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) POLIKU telah mengadakan Program Bengkel CSR STEM: Mikrobit di SK St Mary Kuching bersempena dengan bulan STEM Sekolah 2023 anjuran SK St. Mary.
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah rendah dan juga guru sekolah Zon Satok Daerah Kuching berkaitan dengan bidang STEM-Mikrobit yang melibatkan perkongsian ilmu secara teori dan praktikal selaras dengan keperluan STEM dalam Revolusi Industri 4.0.
Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang pelajar pada sebelah pagi dan 10 orang guru sekolah Zon Satok Daerah Kuching pada sebelah petang. Bengkel dikendalikan oleh Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak sebagai fasilitator. Melalui bengkel ini pelajar dan guru sekolah berpeluang merekabentuk, mengaturcara dan membina Mini Projek menggunakan Mikrobit.
Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut mengadakan promosi tentang program yang ditawarkan dan program PSH yang dijalankan di Politeknik Kuching Sarawak kepada pelajar di samping melakukan pemeriksaan keselamatan pendawaian elektrik dan menukar lampu rosak di SK St. Mary .
Diharap bengkel ini dapat meningkatkan minat dan kesedaran guru dan pelajar dalam bidang STEM yang merupakan tonggak penting kemajuan teknologi semasa di samping mempromosi Politeknik sebagai pemaju TVET.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar