Perpustakaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu institusi untuk mengurus dan memastikan maklumat yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada warga PKS. Perpustakaan PKS beroperasi di sebuah bangunan dua tingkat berhawa dingin dilengkapi dengan kemudahan ruang membaca buku, akhbar, majalah, jurnal dan sebagainya serta ruang menelaah yang mencukupi.
Selain menyediakan bahan-bahan rujukan, perkhidmatan peminjaman buku, perkhidmatan rujukan pembaca serta khidmat nasihat pencarian maklumat juga disediakan. Usaha sedang dipergiat untuk menambah koleksi bahan-bahan yang sedia ada, di samping bersedia untuk memajukan lagi perkhidmatan dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah Perpustakaan Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan lain di seluruh negara.
Perpustakaan PKS telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Kuching Sarawak pada tahun 1987. Pada peringkat awal penubuhannya, sebuah pejabat sementara telah dibuka di bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching. Dua tahun kemudian PKS telah berpindah ke tapak bangunan yang baharu iaitu di KM22 Jalan Kuching-Lundu di kaki Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah. Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memilih kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan 112 ekar.
Pada awal penubuhan, ruang untuk Perpustakaan belum diwujudkan lagi tetapi proses pembelian buku telah dijalankan. Perpustakaan hanya mempunyai bangunan sendiri apabila berpindah ke kampus PKS yang baharu. Pada ketika itu jumlah buku hanya mencecah dua ribu buah sahaja yang merangkumi koleksi buku berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di PKS.
Bagi pengurusan perpustakaan pula, tugas utama ketika itu adalah memproses buku seperti pengkatalogan. Kakitangan yang menguruskan Unit Perpustakaan adalah pensyarah di mana tiada pegawai tetap perpustakaan pada ketika itu sehinggalah pada tahun 1990 seorang pegawai perpustakaan telah mula berkhidmat. Pegawai Perpustakaan dibantu oleh pembantu rendah am di mana mereka bertugas di Kaunter Perkhidmatan rujukan dan pinjaman. Ketika itu perpustakaan dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 2 huingga 4 petang, pada hari Sabtu bermula pada jam 8 pagi hingga 12.45 tengah hari manakala hari Ahad dan cuti umum Perpustakaan ditutup.
Pada 11 April 2007 penyerahan tapak bangunan baru telah diserahkan kepada pihak pengurusan Perpustakaan. Kos pembinaan bangunan ini berjumlah 3.5 billion dan Unit Perpustakaan telah mula berpindah sepenuhnya pada 6 Disember 2010.
Berikut merupakan senarai Ketua Unit Perpustakaan bermula pada tahun 1990 hingga kini:
Encik Bronny Lawrence Nawee (1990-1994)
Encik Hasbullah Bin Mansor (1994-1996)
Encik William Abeng (1996-2002)
Encik Kiprawi Bin Sani (2002-Sekarang)
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional.
Prasarana berilmu sejajar teknologi terkini.
Perpustakaan politeknik adalah komited untuk menyediakan koleksi yang berkualiti serta perkhidmatan yang efisyen dan berhemah bagi memenuhi kehendak pelanggan sejajar dengan visi, misi dan objektif Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Kami beriltizam dan berjanji akan:-
Perpustakaan Seri Kenyalang Politeknik Kuching Sarawak telah melakukan banyak perubahan apabila pandemik covid19 melanda pada tahun 2020. Penggunaan teknologi maklumat semakin meluas dan penggunaan bahan digital diperluaskan. Selari dengan itu Sistem Dspace telah dibangunkan untuk menyimpan koleksi bahan arkib dan digital. Perpustakaan Seri Kenyalang terus melangkah dengan membangunkan Sistem Iqeep bagi pengiraan dan pengesanan koleksi bahan perpustakaan. Sistem Iqeep telah dibawa ke pertandingan bif21 dan telah mendapat perak pada 27-28 Oktober 2021. Pada 25 -27 Mei 2022 Sistem Iqeep telah menyertai pertandingan poster yang telah dianjurkan Pesatuan Pustakawan Malaysia dan mendapat anugerah gangsa bagi kategori Information Scientist.Perpustakaan Seri Kenyalang juga telah mendapat anugerah emas untuk sistem IQEEP semasa pertandingan Poliku Research & Innovation Exhibition pada 25 Mei 2023.
Accessibility Toolbar