20
Nov
2024
Lawatan Penandaarasan Kolej Matrikulasi Sarawak Ke Politeknik Kuching Sarawak
Politeknik Kuching Sarawak telah menerima kunjungan dari Kolej Matrikulasi Sarawak pada 20 November 2024. Rombongan Kolej Matrikulasi Sarawak yang terdiri daripada lapan orang pegawai telah disambut oleh para pegawai Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Unit Perpustakaan.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea dan maklumat berkaitan pengurusan ICT dan perpustakaan. Sesi perkongsian telah diadakan di Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi dan Perpustakaan Seri Kenyalang. Semoga sesi perkongsian ini dapat memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua institusi.
Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut