Berita Dan Aktiviti PKS

23 Feb 2024

Memperkasa Kebolehpasaran Graduan TVET Dalam Industri

Kuching, 23 Feb – Sesi Town Hall TVET bersama Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching Sarawak telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, PKS. Majlis dibuka dengan ucapan aluan oleh Pengarah PKS, Encik Samsudin bin Mohd. Saleh. Seterusnya, ucaptama sesi Town Hall telah disampaikan oleh Sr. Tuan Haji Masri bin Juni @ Mohamad Juni, Ketua Pegawai Eksekutif, Juruukur Perkasa Sdn. Bhd.
Sesi Town Hall yang dianjurkan oleh Corporate, Industrial Services and Employability Centre (CISEC), PKS bertujuan untuk membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman pihak industri terhadap keperluan tenaga kerja graduan TVET. Selain itu, sesi dialog turut memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehendak dan keperluan pasaran tenaga kerja bidang TVET pada masa kini. Perkongsian langsung dari pemain industri telah memberi gambaran besar kepada para pelajar mengenai situasi dan permintaan tenaga kerja TVET yang semakin meningkat di negara ini.
Seramai kira-kira 400 pelajar terdiri daripada pelajar semester 5 daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi hadir pada program ini. Turut hadir bersama adalah barisan Jawatankuasa Pengurusan PKS.
Sesi Town Hall tidak cuma dihadiri secara fizikal, ia juga diikuti secara digital melalui platform media sosial rasmi PKS oleh pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak bagi memberi lebih peluang kepada agensi TVET untuk bersama menyertai sesi ini, seterusnya memberikan sebarang maklumbalas ataupun pandangan berkenaan isu berkaitan tenaga kerja TVET.
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar