Berita Dan Aktiviti PKS

9 Jun 2023

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 PolyCC Zon Sarawak (Selatan).

7 Jun 2023(Rabu). Seramai 46 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada warga Politeknik Kuching Sarawak, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Santubong telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang berlangsung pagi tadi di Dewan Santubong, CIDB Kuching.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak merangkap Pengerusi PolyCC Zon Sarawak.
Turut hadir bersama meraikan penerima anugerah adalah Encik Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ts. Shirley anak Philip, Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, Encik Sumbang anak Mandaw, Pengarah Kolej Komuniti Kuching dan Encik Abdullah Latep bin Hj Mustapha, Pengarah Kolej Komuniti Santubong.
Semoga kecemerlangan yang diperolehi diteruskan pada masa akan datang dan menjadi ikutan dan memberi impak positif ke arah kecemerlangan institusi bakat TVET secara keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar