Berita Dan Aktiviti PKS

26 Jan 2023

PERMOHONAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS KE KAMPUS POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) PADA HARI PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN (PELAJAR BAHARU / SENIOR) SESI II 2022/2023

[Pergerakan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) atau Kuching Sentral (KS) ke kampus Politeknik Kuching Sarawak pada Hari Pendaftaran Kolej Kediaman/Lapor Diri Pelajar sahaja]

Sila isi borang dengan mengimbas Kod QR atau link
https://bit.ly/bas2kampus_pendaftaran2-2223

Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan pada borang ini serta pastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT dan BENAR.

Sila tempah tiket penerbangan atau tiket bas anda berdasarkan tarikh dan jadual masa pendaftaran kolej kediaman pelajar /arahan melapor diri pelajar.

Sila pastikan anda telah membuat tempahan tiket penerbangan atau bas (berstatus confirmed booking) sebelum mengisi borang ini.

Sila pastikan anda memuatnaik/upload dokumen itinerary atau tiket penerbangan/bas dalam bentuk PDF atau gambar screen shot (jelas mengandungi maklumat seperti nama, masa ketibaan & tempat ketibaan) pada borang ini untuk pengesahan pihak politeknik.

Sekiranya berlaku perubahan masa/jadual berkaitan penerbangan/pergerakan bas setelah tiket perjalanan ditempah, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) –

Cik Jenniecia Irdrinnie Anak Allay
No. telefon : 082-845596 Sambungan 232 (Waktu Pejabat: Isnin – Jumaat : 8:30 am – 12:30 pm ; 2.00 – 5.30 pm) atau
emel jenniecia@poliku.edu.my dengan KADAR SEGERA selewat-lewatnya satu (1) hari atau 24 jam sebelum perjalanan anda.

* Pihak politeknik tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kesulitan yang timbul sekiranya pelajar GAGAL membuat perkara berikut :

  • mengisi borang ini dengan lengkap dan tepat.
  • memastikan maklumat tempahan tiket pengangkutan adalah benar.
  • memberi maklum balas sekiranya berlaku perubahan itinerary penerbangan/pergerakan bas sebelum perjalanan ke PKS.

Terima kasih atas kerjasama anda.

mmk/jhep/PKS

Accessibility Toolbar