20
Nov
2024
Pengumpulan Data Bagi Kajian Kebolehlaksanaan Kerangka Kerja Kampus Pintar IPTA Malaysia
Satu sesi temuramah bagi pengumpulan data Kajian Kebolehlaksanaan Kerangka Kerja Kampus Pintar IPTA Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) semalam.
Sesi temuramah ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perancangan dan pelaksanaan Kampus Pintar di Politeknik Kuching Sarawak, yang menjadi sampel bagi politeknik di zon Sarawak.
Sesi ini juga bertujuan untuk mendapatkan pemahaman mendalam berkaitan infrastruktur teknologi, keperluan pengguna, kematangan teknologi pintar, analisis jurang serta cadangan strategi bagi membangunkan Kampus Pintar yang praktikal.
Sesi ini telah diketuai oleh Professor Madya Dr. Yuvaraj Ganesan dan Dr. Karpal Singh selaku pasukan perunding untuk Projek Kampus Pintar IPTA Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Pasukan perunding turut dibawa melawat ke Bilik Server di Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi melihat sendiri infrastruktur teknologi di PKS.
Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut