Berita Dan Aktiviti PKS

12 Jun 2023

NOTIS DAN GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KELUAR KOLEJ KEDIAMAN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI II : 2022/2023

Untuk makluman, Unit Pengurusan Asrama telah menetapkan tarikh akhir pendaftaran keluar asrama adalah pada 30 Jun 2023 (Jumaat) sebelum jam 4.30 petang.

 GARIS PANDUAN PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA

  1. SEBELUM URUSAN PENDAFTARAN KELUAR
  • Pelajar asrama dikehendaki mengisi Borang Semakan Kelengkapan Bilik Kolej Kediaman Sesi II : 2022/2023 (Borang Checkout) dan boleh didapati pada SPMP i-kamsis (Makluman/Berita Kamsis).[Muat Turun Borang]
  • Jika ada kerosakan di dalam bilik, pelajar WAJIB mengisi E-ADUAN UPS di laman web PKS dan mencetak emel maklum balas aduan tersebut (sila berbuat demikian segera sebelum check out).
  • Pelajar hendaklah menutup suis lampu, kipas, tingkap dan mengunci pintu.
  • Mengembalikan posisi perabot dalam keadaan asal, meninggalkan bilik dalam keadaan KOSONG dan KEMAS.
  • Jika ada perabot rosak tetapi tiada dalam rekod E-Aduan UPS, kotor, berselerak dan tidak disusun dengan betul akan menyebabkan SPMP pelajar DISEKAT.

 

  1. SEMASA URUSAN PENDAFTARAN KELUAR (KAUNTER)
  • Pelajar asrama dikehendaki menghantar sendiri kunci bilik, Borang Semakan Kelengkapan Bilik Kolej Kediaman Sesi II: 2022/2023 (Borang Check-out) dan mencetak E-Aduan UPS (jika ada) ke kaunter pendaftaran keluar.
  • Jika kunci bilik dan Borang Check-out tidak diterima oleh pihak penyelia asrama selepas tarikh akhir pendaftaran keluar asrama (30 Jun 2023), keputusan peperiksaan pada SPMP pelajar akan DISEKAT.
  • Pihak unit asrama tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barangan peribadi selepas anda menghantar kunci bilik ataupun selepas tarikh akhir pendaftaran keluar asrama.

 

  1. TEMPAT LETAK KENDERAAN IBUBAPA/PENJAGA
  • Kenderaan ibubapa / penjaga dihadkan masuk sehingga kawasan parking CISEC / Perpustakaan.
  • Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan memasuki ke kawasan asrama dan bilik pelajar

 

JADUAL PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA (CHECK OUT) ADALAH SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH / HARI MASA TEMPAT PENDAFTARAN KELUAR ASRAMA CATATAN
Isnin – Khamis 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.00 petang – 4.30 petang

Pejabat Penyelia Asrama

 

 

Pejabat Penyelia Asrama tutup pada cuti umum, Sabtu dan Ahad
Jumaat 8.00 pagi – 11.30 pagi

2.15 petang – 4.30 petang

Sila patuhi semua Garis Panduan dan Jadual Pendaftaran Keluar Asrama yang telah ditetapkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

 

Jika ada pertanyaan berhubung dengan perkara ini, boleh hubungi pihak Penyelia Asrama di talian 082-845596 di sambungan 102/421/103 pada waktu pejabat.

Kerjasama daripada pihak anda amatlah dihargai.

Sekian, harap maklum.

 

Penolong Pengurus Asrama

Politeknik Kuching Sarawak    

 

12 Jun 2023     

Accessibility Toolbar