PENYERTAAN PELAJAR DALAM PROGRAM KEUSAHAWANAN : PROGRAM LITERASI KEWANGAN AKPK DAN JPPKK : MALAYSIA BOOK OF RECORD (MBOR) SEMPENA GLOBAL MONEY WEEK 2023
Kepada Pelajar Semester 1 hingga Semester 4 sesi II 2022/2023
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama-sama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan mengadakan Program Literasi Kewangan AKPK dan JPPKK : Malaysia Book of Record (MBOR) yang akan berlangsung secara serentak di seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Malaysia seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Jubli Perak (Peserta dari Politeknik Kuching Sarawak)
3. Sehubungan dengan itu, semua pelajar semester 1 hingga semester 4, Politeknik Kuching Sarawak (seperti dalam senarai) dikehendaki hadir dan berada di Dewan Jubli Perak, PKS pada jam 9.30 pagi. Surat Pengecualian Kuliah diberikan melalui Penasihat Akademik (PA) dan kehadiran adalah WAJIB.
4. Sila berhubung dengan penasihar Akademik (PA) masing-masing bagi mendapatkan surat pengecualian kuliah bagi tempoh berkaitan untuk menghadiri program seperti perkara di atas. Kelas berjalan seperti biasa sebelum dan selepas tempoh pelaksanaan program tersebut.
Kerjasama para pelajar dan semua pihak amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
“Plan Your Money, Plant Your Future”
Sekian.
Pengarah
Politeknik Kuching Sarawak.