30
Jul
2024
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak
29 JULAI 2024| ISNIN
Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak hari ini.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Maxwell March Joseph, Ketua Jabatan Pengajian Am (JPA) bersama empat orang pegawai iaitu Encik Mohamad Faizal Ahmat, Encik Mohd. Azahar Jantan, Puan Haslinda Jamain dan Puan Fadzlina Ahmad telah disambut mesra oleh PKPj Wan Ahmad Nidzam bin Wan Omar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menyampaikan modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang telah dihasilkan oleh pensyarah PKS yang diketuai oleh Encik Mohamad Faizal Ahmat selaku Ketua Penyelidikan, Inovasi dan Komersial, JPA. Penulisan ilmiah ini merupakan julung-julung kali dihasilkan dalam kalangan pensyarah PKS sebagai panduan dan rujukan pelajar yang mengambil kursus tersebut.
Dalam kunjungan ini juga, turut diadakan sesi perbincangan mengenai penawaran Kursus Integriti dan Antirasuah di PKS serta isu-isu yang berkaitan rasuah di Malaysia.
Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan menyemai perasaan benci rasuah dalam kalangan pelajar.
Sumber: Jabatan Pengajian Am (JPA)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut