Berita Dan Aktiviti PKS

26 Jul 2022

SEMAKAN KEPUTUSAN / PENGESAHAN TERIMA TAWARAN / CETAKAN SURAT / URUSAN BORANG JAWAPAN TERIMA (BJT) KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI I 2022/2023

KATEGORI A :
Bagi Lepasan SPM 2019, 2020 dan 2021
(Permohonan Melalui UPUONLINE)

i. Semakan keputusan boleh dibuat mulai 22 Julai 2022 jam 12 tengah hari di UPUONLINE https://upu.mohe.gov.my/

ii. Bagi calon-calon yang ditawarkan ke Politeknik dan Kolej Komuniti, semakan dan cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my

iii. Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 31 Julai 2022.

iv. Bagi calon yang TIDAK BERJAYA ke Politeknik, rayuan boleh dibuat mulai 22 hingga 31 Julai 2022 melalui UPUONLINE https://upu.mohe.gov.my/

v. Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my.

KATEGORI B :
Lepasan SPM Tahun 2018 dan ke Bawah dan ;

KATEGORI C
Lulusan Selain SPM

(Permohonan melalui eborang POLYCC )
http://ambilan.mypolycc.edu.my

i. Program Diploma Politeknik, Diploma Kolej Komuniti dan Sijil Kemahiran Khas Politeknik

Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) serta rayuan boleh dibuat mulai 25 Julai 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my

Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima sebelum atau pada 31 Julai 2022.

Bagi calon-calon yang TIDAK BERJAYA dan ingin melanjutkan pengajian ke Politeknik, RAYUAN boleh dibuat mulai 25 hingga 31 Julai 2022 di http://ambilan.mypolycc.edu.my.

ii. Program Sijil Kolej Komuniti

Semakan keputusan, cetakan Surat Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT) serta rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 selepas jam 5.00 petang di http://ambilan.mypolycc.edu.my

Bagi calon yang tidak berjaya ke Kolej Komuniti, rayuan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 melalui http://ambilan.mypolycc.edu.my.

Nota Penting :

1. Bagi yang menerima tawaran, sila CETAK SURAT TAWARAN dan uruskan penghantaran BORANG JAWAPAN TERIMA (BJT) bersama-sama SALINAN DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN dalam tempoh 14 HARI dari tarikh surat tawaran.

2. Sila muat turun dan fahami Panduan Pendaftaran pelajar Baharu pada 27 Julai 2022 di link pendaftaran selepas BJT diterima dan disahkan.

3. Sila layari portal http://ambilan.mypolycc.edu.my ini dari masa ke semasa untuk maklumat terkini.

💬 MAKLUMAT LANJUT /HUBUNGI :

📨 Emel – jppkk.ambilan@mohe.gov.my
☎️ No Pejabat – 0388883837 (waktu pejabat)
📱 WhatsApp – 0198683738 (WhatsApp sahaja) www.wasap.my/60198683738/intakepolycc2022
🖥 Web – http://ambilan.mypolycc.edu.my

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar