Berita Dan Aktiviti PKS

26 Jan 2024

HEBAHAN, PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI II 2023/2024 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

Tarikh rasmi lapor diri pelajar senior secara dalam talian bagi sesi II 2023/2024  adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran Yuran                      : 26 Januari – 02 Februari 2024

Tarikh Pendaftaran Dalam Talian   : 27 Januari – 04 Februari 2024

Tarikh Pendaftaran Kursus             : 29 Januari – 04 Februari 2024

Tarikh Kuliah Rasmi                         : 05 Februari 2024

Pautan Lapor Diri                             : http://spmp.poliku.edu.my/

Hanya pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan bagi sesi I 2023/2024 berstatus Kedudukan Baik (KB) dan Kedudukan Bersyarat (KS) sahaja dibenarkan mendaftar pengajian.

Sekiranya, pelajar lewat melapor diri dalam tempoh yang telah ditetapkan, Surat Amaran Tidak Melapor Diri akan dikeluarkan oleh Jabatan Akademik.

Jika masih gagal membuat lapor diri sehingga 27 Februari 2024, Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan mengeluarkan Surat Tidak Melapor Diri dan Gagal Mendaftar Pengajian. Ini akan menyebabkan sesi/semester tersebut akan diambil kira dalam pengiraan tempoh semester pengajian berdasarkan Panduan Pengambilan dan Pengurusan Pelajar Politeknik Edisi 9: 2020.

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk Panduan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi II 2023/2024 bagi mendapatkan maklumat berkaitan Yuran, Kaedah Bayaran dan Kaedah Lapor Diri yang boleh diperolehi melalui pautan http://www.poliku.edu.my/pelajar-senior/.

Accessibility Toolbar