Berita Dan Aktiviti PKS

28 Mar 2022

Program CSR Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan program CSR yang melibatkan seramai 40 orang yang terdiri daripada pelajar daripada Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan), pensyarah dalam bidang penyamanan Udara & Penyejukbekuan dan juga komuniti Surau Al-Ansar pada 26 Mac 2022 (Sabtu). Turut hadir dalam program CSR ini adalah Encik Hikmatullah Hajid Ahmad Khan, Pengarah PKS merasmikan program CSR tersebut. Objektif utama Program CSR ini adalah untuk berkongsi ilmu teknikal kepada komuniti setempat khususnya dalam penyelenggaraan penyaman udara. Selain itu, program ini juga dilihat sebagai platform kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan) untuk mempraktikkan ilmu penyelenggaraan penyaman udara yang dipelajari.

Accessibility Toolbar