Berita Dan Aktiviti PKS

19 Feb 2022

PKS SERTAI PROGRAM ‘JOM MASUK IPT ZON SARAWAK 2022’

KUCHING (19 Februari 2022) – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menyertai Program ‘Jom Masuk IPT Zon Sarawak 2022’ yang bertempat di BCCK, Kuching.
Program tersebut turut disertai pelbagai IPT awam dan Swasta di negara ini termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat berhubung pengajian di PKS boleh mengunjungi program tersebut yang berlangsung pada 19 Februari 2022 (dari jam 8 pagi – 6 petang) dan pada 20 Februari 2022 (dari jam 8 pagi-4 petang).
Sehingga kini PKS menawarkan 13 program diploma dalam bidang TVET.

Accessibility Toolbar