Berita Dan Aktiviti PKS

28 Apr 2020

POLITEKNIK KUCHING TERUS KOMITED SEDIA MAKANAN PERCUMA UNTUK PELAJAR TERJEJAS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 3

22 APRIL 2020, Hari 36 PKP – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) terus komited menyediakan makanan dan minuman percuma kepada seramai 460 orang pelajarnya yang terdiri daripada 416 pelajar asrama dalam kampus dan 44 pelajar yang mendiami rumah/bilik sewa luar berhampiran iaitu 14 orang di Asrama White House di Sg. Cina dan 30 orang di Asrama luar 805, di Batu 8 Jalan Matang, Kuching. PKS telah melantik syarikat penyedia makanan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang makanan bermasak Islam dijadualkan bergilir-gilir bagi tempoh 7 hari sahaja penyediaan sepanjang yempoh PKP.

Terima kasih kepada The Institution of Engineers Malaysia IEM Sarawak Branch yang menyediakan makan minum pada 15 April 2020 dan Royal Institution Of Surveyors Malaysia (RISM) menyediakan makan malam pada 16 April 2020. Politeknik Kuching Sarawak melalui Tabung Aktiviti/Kebajikan Pelajar telah meneruskan sehingga hari ini pembiayaan untuk penyediaan makan minum percuma dua kali sehari dalam fasa 3 ini, sehinggalah peruntukan NADMA diturunkan dan telah bersedia sekiranya berlanjutan hingga ramadan dan fasa seterusnya.

Bagi 163 orang pelajar luar, selain kategori di atas menerima bantuan wang tunai yang dikreditkan ke akaun masing-masing pada fasa 2 dan sebahagian yang tinggal sekitar Matang dan Kuching menerima bantuan barangan makanan kering, makanan ringan dan keperluan mandian daripada peruntukan Politeknik dan dari sumbangan-sumbangan pelbagai pihak seperti dari KPDNHEP, Fama Negeri Sarawak, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) ,PUSPANITA Politeknik Kuching, alumni PKS dan orang perseorangan. Terdapat juga pelajar menerima terus dari bantuan NGO iaitu Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Kuching.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 22 April 2020

Accessibility Toolbar