Berita Dan Aktiviti PKS

30 Mar 2020

PENYUMBANG HULUR BANTUAN, RINGAN BEBAN PELAJAR LUAR DAN DALAM KAMPUS

28 Mac 2020 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Pengusaha Kantin PKS serta salah sebuah pengusaha gerai di kafetaria PKS, turut memberikan sumbangan berupa makanan kering, bahan cucian dan sabun kepada pelajar PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 sejak 18 Mac lalu.

Pada masa ini Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan bantuan makan dan minum untuk 3 kali sehari. Sebelum itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sarawak dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada 450 orang pelajar.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 29 Mac 2020

Accessibility Toolbar