Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)

Info Unit

Carta Organisasi

Pengenalan

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti berkaitan latihan industri. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit, dua orang pegawai, seorang pembantu tadbir dan dibantu oleh penyelaras-penyelaras latihan industri jabatan akademik.

OBJEKTIF UNIT

Unit Perhubungan dan Latihan Industri bertanggungjawab terhadap proses merancang, memohon, menempat, menyelia dan menilai latihan industri pelajar PKS. UPLI sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen dalam melaksanakan latihan industri pelajar pada satu-satu semester.

Objektif utama UPLI ialah:-
  • Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 90% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani latihan industri pada satu-satu semester dengan sekurang-kurangnya 45% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang.
  • Berusaha untuk melaksanakan 80% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri pada satu-satu semester.
PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
  • Bimbingan teknikal latihan industri
  • Melaksanakan taklimat memohon tempat, peraturan/prosedur latihan, keperluan industri, perjalanan latihan dan bimbingan penyediaan laporan teknikal dalam latihan industri
  • Menguruskan dokumen penempatan dan lapor diri pelajar ke organisasi latihan.
  • Melaksanakan pemantauan dan bimbingan semasa latihan
  • Menerima maklumbalas daripada pelajar atau organisasi latihan dan mengambil tindakan yang berkaitan
  • Melaksanakan lawatan penyeliaan dan bimbingan teknikal di organisasi latihan
  • Melaksanakan penilaian teknikal semasa latihan
  • Menguruskan pendaftaran pengesahan tamat latihan industri