Berita Dan Aktiviti PKS

11 Feb 2020

Program Eksplorasi Budaya UNESCO Melaka 2020

Pada 6 hingga 9 Feb 2020,lalu berlangsung program Eksplorasi Budaya UNESCO Melaka 2020 yang merupakan salah satu program anjuran Politeknik Merlimau,Melaka yang melibatkan pegawai kebudayaan, pensyarah dan
pelajar Kebudayaan Politeknik seluruh Malaysia.Program bertujuan untuk memberi pendedahan keunikan tapak Warisan Dunia
UNESCO kepada peserta daripada Politeknik di seluruh Malaysia dan pelajar luar negara yang menuntut
di institusi pengajian tinggi sekitar Melaka.
4 orang Pelajar Politeknik Kuching Sarawak diwakili oleh Suhairi Suhaimi (JP), Philelia Shentu (JKA), Khairulnisa Saperi (JKA) dan Cassey Julian Chiol (JKM) serta diiringi oleh Saiful Irwan Sarkawi berjaya mendapat Anugerah Perak dalam acara pertandingan Sukan Rakyat ESKCOME 4.
Program selama empat hari dan tiga malam ini,merangkumi bengkel budaya dan warisan, eksplorasi
budaya dan warisan serta jelajah Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO danaktiviti khidmat masyarakat bersama komuniti setempat (CSR) di negeri Melaka.
Antara objektif penganjuran EKSCOME 4.0 ialah untuk mewujudkan semangat
gotong-royong dan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat serta memupuk nilai
tanggungjawab dan kecintaan terhadap budaya dan warisan agar ia kekal seumpama peribahasa bahawa budaya dan warisan “Tidak Lapuk dek Hujan, Tidak Lekang dek Panas.”
Program ini dapat melahirkan generasi pelajar yang berupaya menjadi cendekiawan,penggalak,
pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan yang menjurus
kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan,pemuliharaan dan pentadbiran warisan yang pelbagai.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Isnin, 10 Februari 2020

Accessibility Toolbar