Berita Dan Aktiviti PKS

1 Aug 2023

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I 2023/2024 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

Kepada :

  1. PELAJAR SENIOR SESI I 2023/2024 PKS
  2. PELAJAR TANGGUH SESI II 2022/2023 PKS
  3. PELAJAR TIDAK LAPOR DIRI SESI II 2022/2023 PKS

Saudara/saudari,

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI I 2023/2024 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

Perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan tarikh rasmi lapor diri pelajar senior secara dalam talian bagi sesi I 2023/2024 adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran Yuran                      : 1 – 25 Ogos 2023

Tarikh Pendaftaran Dalam Talian   : 4 – 27 Ogos 2023

Tarikh Pendaftaran Kursus             : 21 – 27 Ogos 2023

Tarikh Kuliah Rasmi                         : 28 Ogos 2023

Pautan Lapor Diri                             : http://spmp.poliku.edu.my/

  1. Hanya pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan bagi sesi II 2022/2023 berstatus Kedudukan Baik (KB) dan Kedudukan Bersyarat (KS) sahaja dibenarkan mendaftar pengajian.
  2. Sekiranya, pelajar lewat melapor diri dalam tempoh yang telah ditetapkan, Surat Amaran Tidak Melapor Diri akan dikeluarkan oleh Jabatan Akademik.
  3. Jika masih gagal membuat lapor diri sehingga 15 September 2023, Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan mengeluarkan Surat Tidak Melapor Diri dan Gagal Mendaftar Pengajian. Ini akan menyebabkan sesi/semester tersebut akan diambil kira dalam pengiraan tempoh semester pengajian berdasarkan Panduan Pengambilan dan Pengurusan Pelajar Politeknik Edisi 9: 2020.
  4. Pelajar dinasihatkan untuk merujuk Panduan Lapor Diri Pelajar Senior Sesi I 2023/2024 bagi mendapatkan maklumat berkaitan Yuran, Kaedah Bayaran dan Kaedah Lapor Diri yang boleh diperolehi melalui poliku.edu.my melalui pautan :

http://www.poliku.edu.my/pelajar-senior/

  1. Kerjasama daripada pelajar untuk menyelesaikan urusan lapor diri dalam talian sebelum sesi pengajian bermula pada 28 Ogos 2023 amatlah diharapkan.

Harap maklum.

Accessibility Toolbar