Berita Dan Aktiviti PKS

9 Apr 2020

NADMA TERUS TANGGUNG MAKAN MINUM PELAJAR TIDAK PULANG BERIKUTAN PKP FASA 2

7 APRIL 2020 – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri terus prihatin dengan menyalurkan peruntukan untuk penyediaan makan minum 3 kali sehari kepada 482 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bagi tempoh pelanjutan fasa ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 1 April sehingga 14 April 2020.

Ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keadaan anak masing-masing kerana kerajaan menanggung sepenuhnya perbelanjaan makanan mereka serta pelbagai pihak turut tampil memberikan sumbangan bagi memastikan anak-anak ini terus bertahan bagi bersama-sama memainkan peranan sebagai warganegara yang bertanggungjawab membendung penularan dan seterusnya memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 7 April 2020

Accessibility Toolbar